Ini terjadi masa aku balik ke Kuching utk celebrate birthday ngan family.
30 Nov 2015
Tengah hari tu, lepas aku drop mak kat hospital utk medical follow up,
aku drive la ke Plaza Merdeka. Konon nak beli barang kat Mr. DIY dekat situ,
sebab dekat ngan rumah. Ader jer branch dier kat Boulevard ataupun kat The
Hills!
Lepas park kete, aku terus naik 1st floor. Beli air kat Gong
Tea! Aku ingat lagi, kuarkan duit dpd wallet and masukkan kad Gong Tea utk
collect free drink. Kena dapat 10 chop/stamps, baru dapat free drink. Lepas tu, masukkan balik wallet ke dalam beg
sandang kaler hijau aku yg dah berusia dalam 2 tahun jugak la. Then, balance
nyer aku masukkan dalam poket seluar.
Lepas tu, naik la another 2 floors (2 or 3 tingkat) ke tingkat atas, ke
Mr DIY! Mungkin aku luper nak zip beg sling aku tuh. Dah la kaler hijau! Sangat
menjadi tarikan! Sampai kat atas tuh, aku siap letak gelas air coklat Gong Tea
aku ke dalam beg. Sebab kat dlm tu tak bleh bawak minuman & makanan. Lepas tu,
aku pusing2 la nak cari benda2 yg comel & pelik kat situ.
Sampai jer kat kaunter, biler nak bayar, baru aku perasan yang wallet
aku hilang! Shit! Aku bagitau budak kat kaunter yg aku akan patah balik (tp tak
pernah pun patah balik). Aku turun bawah, pergi balik kat Gong Tea, incase aku
tertinggal wallet kat situ. Sebab aku pernah tertinggal wallet aku kat kaunter
kat Tesco Ara Damansara before! Takde!
Aku cuba tenangkan diri, then gi kat Sentral Police nak buat report
kena pickpocketed! Nak dijadikan cerita, system polis seluruh Malaysia ngah
down! Aku cuba tenangkan diri lagi sambil berjalan ke arah kete kat car park
kat Plaza Merdeka. Sampai kete, aku terus call bapak. Dier baru nak kuar gi
pick up mak kat hospital.
Sampai rumah, aku ceritakan ngan bapak, then bapak gi pick up mak. Aku kat
rumah, call la bank2 untuk cancel semua atm/debit kad aku. Aku call Maybank,
RHB and AMbank. Line clear jer. Biler call CIMB, banyak hal plak! Sebab aku ada
atm/debit kat CIMB yang merah & KWIK kad CIMB yg hitam (UPDATES: 10FEB2016, masih x dpt lagi KWIK kad aku yg dijanjikan akan
dapat lepas 2-3 minggu). Biler settle ngan CIMB kad merah, diorg kena
transfer gi credit card department utk urusan KWIK kad plak!
Petang plak, kawan aku temankan aku g UTC utk buat police report dan
urusan IC dan sebagainya. Tanpa aku tak bleh buat apa2 sebab system polis
seluruh Malaysia sill down! Biler aku mintak manual/written report, diorg tak
bleh bagi! Aduhhhhhhh. Aku stress! Biler gi JPN plak, klu takde police report,
kena bayar berapa ratus entah, aku x ingat! Seriously?
Petang tuh, sempat gi makan, tanpa ada IC! Macam pendatang sangat!
Lepas makan, gi balik kat UTC, dengan harapan system polis dah ok. Still
down!
End up, aku balik rumah frustrated bukan sahaja ngan diri sendiri yg
cuai, malah ngan system polis yg hanjeng nyer down hari tu! Menyusahkan hidup
aku! Aku sumpah org yg pickpocket aku tu, takkan hidup senang! Gi mampos la ko!
0 comments